TIPS KECANTIKAN

CARA KECILKAN PORI DI WAJAH CARA MUDAH


Masalah liang pori terbuka menyebabkan ramai wanita merasa rendah diri akan penampilan mereka. Difahamkan, faktor keturunan dan jenis kulit boleh menjadi penyebab seorang wanita mempunyai liang kulit wajah yang besar. Jadi, apa penyelesaiannya untuk mengatasi dan mengecilkan liang pori di wajah?


1. Facial Ais Batu – 
Ingin mengetatkan kulit dan merumuskan liang kulit wajah yang besar? Anda boleh cuba melakukan facial ais batu di pagi hari. Air sejuk atau ais batu boleh mengetatkan kulit dan mengecilkan liang-liang kulit. Cara melakukanfacial ini pun sangat mudah. Anda boleh lakukannya di pagi hari dengan cara, bungkus atau lapisi ais batu dengan tuala kertas(paper towel) atau beg plastik.  Kemudian tekan ais batu tersebut ke permukaan kulit anda. Ais batu yang digunakan memang sebaiknya perlu dibungkus terlebih dahulu agar tidak membuat pembuluh darah tipis di kulit wajah pecah.

2. Tomato – 
Tomato, buah satu ini ternyata mempunyai khasiat untuk merawat kulit. Kandungan lycopene yang berperanan sebagai antioksidan memberikan kesan cantik pada kulit. Mencerahkan kulit, memberikan kesan lebih segar dan bersinar, melindungi dari pendedahan cahaya matahari, mencegah kedutan akibat penuaan awal, dan semestinya membantu mengawal saiz liang.
Untuk mengecilkan liang kulit dengan menggunakan buah tomato, anda hanya mengikuti tiga langkah mudah berikut ini. Pertama, hancurkan 1 buah tomato merah, tambah 2-3 titis limau nipis. Kedua, aplikasikan sebagai topeng pada seluruh wajah dan biarkan mengering 15 minit. Terakhir, bilas dengan air hangat kemudian akhiri dengan menuam wajah menggunakan ais batu.

3. Menggunakan Masker Buah Strawberi – 
Tahukah anda bahawa buah strawberi segar mengandungi asid yang boleh menjadi penyegar wajah alami? Buah dengan kandungan vitamin C yang tinggi ini pun boleh mengecilkan liang tanpa membuat kulit wajah jadi kering.
Pertama, siapkan bahan-bahannya terlebih dahulu, iaitu 3 buah strawberi matang (pilih yang organik), 1 butir telur (ambil putihnya sahaja), 1 sudu kecil madu, dan 1/2 sudu teh air perahan lemon.
  • Haluskan strawberry, boleh menggunakan pengisar.
  • Campur strawberry dengan bahan lain, kacau hingga rata.
  • Oleskan merata pada wajah dan leher yang sudah dibersihkan. Elakkan bahagian mulut dan mata.
  • Biarkan 10 hingga 15 minit.
  • Bilas dengan air hangat, tunggu 2 minit, lalu oleskan wajah dengan ais batu yang sudah dibungkus kain.
  • Keringkan wajah dengan tuala bersih.
4. Mencegahnya Dengan Cara di Bawah -
  • Elakkan asap rokok dan berhentilah merokok. Asap rokok boleh membuat liang jadi besar, kulit kusam, dan tidak lagi segar.
  • Elakkan cahaya matahari yang boleh merosakkan kolagen dan memberikan kesan buruk lain pada kulit.
  • Pakai sunblock bila berada di bawah cahaya matahari, sehingga kulit tetap dilindungi sepanjang hari.
  • Pakai cleanser yang khusus untuk kulit berminyak sehingga boleh membersihkan secara maksimum hingga ke dalam liang.
  • Seminggu sekali pakai topeng muka atau peeling khusus untuk kulit berminyak. Fungsinya mengangkat lebihan minyak di wajah, serta menyamar liang.
  • Pelembab terkadang tidak banyak membantu, lebih utamakan pemakaian astringent sehingga melembabkan tanpa menyumbat liang.


5. Gunakan Peeling
Untuk merumuskan liang kulit wajah, kita perlu membersihkan wajah secara rutin setiap harinya. Sangat disyorkan untuk membersihkan wajah dua kali sehari, terutama saat sebelum tidur. Selain membersihkan wajah secara teratur, anda juga boleh menggunakan peeling bahan alami untuk mengangkat sel-sel kulit mati.
Anda boleh menggunakan buah epal atau timun. Caranya parut buah tersebut sehingga halus. Kemudian oleskan hasil parutan ke wajah yang sudah dibersihkan. Lalu urut kulit dengan lembut. Selepas itu bilas dengan air bersih dan keringkan menggunakan tuala bersih.


PETUA UNTUK AWET MUDA CARA ISLAM



MEMANG TIDAK DINAFIKAN semua orang nak kekal cantik dan sihat….Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta. Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya. 

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam 

* Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali. 

* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

* Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi. 



* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

* Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. 

* Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. 

* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi. 

* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat. 

* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. 

* Amalkan solat tahajud. 

* Sentiasa tenang dan bersikap positif. 

* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. 

* Maafkan semua orang sebelum tidur










No comments:

Post a Comment