Sunday, November 16, 2014

nak berjaya kena ada aura.. betul tak?


ANTARA WANITA PALING BER "AURA" DI MALAYSIA : SITI NURHALIZA.

Aura Siti memang superb. Gelombang beliau sangat2 kuat sehinggakan orang yang tak suka dia , tak pernah minat dia boleh suka bila jumpa dia.

Beliau memang satu2nya artis yang tidak pernah jatuh populariti dan level di Malaysia sbb beliau sangat ber AURA. Kalau kita tgh makan atau pun tidur, tapi bila ada orang cakap "weyh.... siti lalu, siti lalu" kita akan stop apa kita buat utk lihat dia. Pheeww.~

Cara beliau kumpul aura beliau adalah KONSISTEN buat dan buat dan buat. Jadual Siti masa 10 tahun pertama dlm industri seni hanya cuti sehari dalam sebulan. Wpun dah kaya, dan ramai peminat , still kerja keras sampai demam2. Oleh sbb itu beliau antara artis paling tinggi bayarannya. (Hai o pernah taja 2 hari utk hiburkan usahawan)

Cara kedua adalah MINDA YANG POSITIF. Siti bukan jenis bergantung kepada nasib. Siti yang ubah nasib Siti sendiri dengan pertolongan Allah. Rezeki dia melimpah ruah kerana minda (sangkaan) sentiasa positif dan kuat. Sentiasa rasa di boleh wpun dia berasal dari kampung di Lipis dan disebabkan mindanya kuat, beliau berpeluang menyanyi sehingga ke di Royal Albert Hall, London.

Cara ketiga beliau adalah sentiasa PERBAIKI KELEMAHAN. Bayangkan dari orang kampung, tak tahu mcm2 dari segi penampilan, urus duit, urus perniagaan dan mcm2 lagi sehingga boleh jadi Siti Nurhaliza sekarang. Sbb apa? beliau sanggup ditegur, dicanai dan diajar sehingga berjaya. 

Phewwwww..!!! Cerita pasal Siti mmg tak habis. Benda positif kita ambil, benda buruk kita tinggal. Dalam perniagaan pun perlu AURA. Bila aura kita besar, pasti bisnes kita maju.

Cc: cdm said saiful fazli

No comments:

Post a Comment