Thursday, October 30, 2014

SEBAB PERLU GUNAKAN BLOG SEBAGAI MEDIUM PEMASARAN

penting ke ada blog ni? Kenapa perlu belajar membina blog? Blog sangat penting dan bagus sebagai medium pemasaran produk, terutamanya yang mempunyai bisnes online. Malah bagi mereka yang tahu tentang kepentingan pemasaran secara online, mereka yang ada bisnes offline juga turut membina blog untuk memperkenalkan produk mereka di internet.  

Blog yang berpengaruh dan ramai pelawat pasti akan tersenarai di carian engine seperti google dan yahoo. Tujuannya adalah untuk mendapat traffik dan pelawat tinggi  berkunjung ke blog. Secara tak langsung pembaca akan mengenali produk yang kita jual. Dan secara tak langsung juga kita dapat menukar pembaca kepada pembeli.

Pada pendapat saya, sekiranya kita menjalankan bisnes online kita MESTI dan WAJIB ada blog. Kenapa saya kata begitu. Kerana bisnes online ini majoriti pembeli yang datang membeli dengan kita adalah dari mereka yang kita tidak kenali. 

Dari mana mereka semua ini mengetahui tentang bisnes kita. Untuk permulaan mungkin daripada sahabat handai. Perbualan mulut ke mulut pembeli yang sudah pernah membeli dengan kita. Mungkin juga sekirannya kita meletakkan promosi di facebook, mereka melihat produk kita di situ. Jadi boleh katakan di sini, tidak mustahil pembeli kita boleh datang dari pelbagai tempat, mungkin nun jauh di Sabah / Sarawak, mungkin juga di Brunei atau luar negara. Setengah pembeli, mereka menjejak produk yang ingin dibeli melalui carian google dan blog.

10 Sebab Anda Perlu Gunakan Blog Sebagai Hub Bisnes Anda

Ada banyak sangat sebab untuk anda menggunakan blog ataupun website sebagai hub ataupun ‘kedai’ anda di alam maya ini.
Infografik di bawah berkongsi 10 sebab menggunakan blog untuk bisnes lebih bagus daripada menggunakan Facebook.
Ada banyak sebab anda perlu mula belajar macam mana nak buat blog dan jadikan ia hub untuk bisnes online anda. Ini 10 sebab blog lebih sesuai berbanding Facebook.
Saya harap info ini bermanfaat untuk anda yang membaca. : )


Love,

Top agent premium beautiful
Nana

No comments:

Post a Comment